1Malay: THE RETHORIC + FLAVOURED PAKATAN RAKYAT PRU13 TEST...: Pakatan unveils election manifesto (The Star) - The final Pakatan Rakyat convention before the 13th general election kicked ...
bmt/1Parking@
Saya mengira banyak dari Ahli PAS akan berderau darahnya setelah membaca tulisan ini.
Malah kemungkinan mereka tidak akan habis membacanya. Saya akan dituduh sesat dan barangkali mereka menganugerahkan “neraka” kepada saya, serta dipanggil sebagai anjing penjilat pemerintah. Namun hakikatnya mereka tidak akan mempunyai hujah untuk membantah kenyataan ini.
Barangsiapa yang mempelajari aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang tulen seperti yang terkandung dalam kitab Ushul As Sunnah oleh Imam Ahmad Bin Hanbal atau Syarhus Sunnah oleh Imam Barbahari atau As Syari’ah oleh Imam Al Ajuri, dan banyak lagi, ternyata mereka akan mengetahui bahawa PAS adalah sebuah jamaah yang menyimpang.
PAS memiliki fatwa-fatwa yang sesat dan menyesatkan. Batil lagi membatilkan. Bejat dan membejatkan. Manhaj pemikiran PAS tidak lain adalah pemikiran Abdul Rahman bin Muljam, tokoh kaum Khawarij klasik.
Dia – Abdul Rahman bin Muljam Al-Muradi – bukanlah orang gelandangan atau seorang yang fasiq. Dia adalah seorang soleh ahli ibadah, wara’ menunaikan kebaikan dan Qari yang hafaz Al Qur’an. Ketika zaman pemerintahan Umar Al Khattab, beliau telah melantik Abdul Rahman bin Muljam menjadi Guru Al Qur’an. Perhatikan bahawa Abdul Rahman bin Muljam dilantik oleh Umar untuk mengajar penduduk Mesir! Malah dia mendapat gelaran al-Muqri`.
Abdul Rahman bin Muljam dan kaum Khawarij adalah orang yang menjaga pandangannya, menjaga lisannnya, memelihara tangan dan kakinya. Mereka menunaikan solat malam sedang manusia lain dibuai mimpi. Mereka berpuasa di tengah terik mentari sedang manusia lain meneguk susu dan madu.
Nampak Warak tetapi Khawarij
Sehinggakan Syeikul Islam Ibn Taimiyyah berkata:“Dahulu, kelompok Khawarij adalah sebaik-baik anggota masyarakat dari sisi pelaksanaan solat, melakukan puasa dan membaca al-Quran”. (Minhaj as-Sunnah jilid 4)
Tetapi kewara’kan mereka tidak menghalang dari terjerumus dalam lembah pemikiran yang batil ,sesat dan jahat. Mereka menyelisihi Muhajirin dan Ansar serta Ahli Sunnah Wal Jamaah. Malah mereka mengkafirkan para sahabat serta menghalalkan darah mereka. Khawarij menyangka perbuatan mereka adalah ibadah dan menepati maqasid syariah.
Ibn Taimiyah menggambarkan tentang hal ini: “Seseorang(Abdul Rahman bin Muljam) yang membunuh Ali r.a, dia pun menegakkan solat, melakukan puasa, membaca Al-Quran. Dia membunuh Ali r.a dengan anggapan bahawa hal itu akan mendapat redha Allah dan Rasul-Nya”.(Minhaj as-Sunnah jilid 7)
Ini bertepatan dengan apa yang Rasulullah saw ingatkan kepada para sahabatnya – Muhajirin dan Anshar – bahawa kaum Khawarij ini merupakan sebuah kaum yang rajin beribadah kepada Allah Ta’ala. Amal ibadat mereka lebih banyak berbanding amal ibadat para sahabat. Sekiranya seorang sahabat membandingkan amalnya dengan seorang Khawarij maka pasti sahabat itu akan terasa kerdil dan malu lantaran amalnya kurang berbanding amalnya kaum khawarij!
Pesan Rasulullah saw:
“Akan datang suatu kaum kepada kalian yang kalian akan merasa rendah bila kalian membandingkan solat dengan mereka, membandingkan puasa dengan mereka, membandingkan amalan ibadat dengan mereka. Mereka membaca Al Qur’an tetapi tidak melepasi kerongkong mereka. Mereka lepas dari agama ini seperti lepasnya anak panah dari binatang buruan”. (HR. Bukhari nombor 5058 dan Muslim nombor 147/1064)
Walaupun begitu, Rasulullah saw menyatakan bahawa mereka ini tidak memahami Al Qur’an walaupun mereka membacanya lebih banyak dari sahabat baginda. Serta semakin lama mereka menganut faham tersebut maka semakin jauh mereka dari Islam yang hakiki. Rasulullah saw menggambarkan jauhnya mereka sepertimana anak panah yang terkeluar dari bintang buruan apabila dilepaskan.
Natijahnya seorang Ahli Sunnah tidak akan mudah tertipu dengan “gambaran luaran” seseorang. Apakah dia digelar Tuan Guru atau Mursyid atau apa sahaja. Apakah dia berjubah dan berserban mahupun berkurta. Apakah dia tinggal di pondok atau kandang dan bukannya di istana. Gambaran luaran boleh menipu seperti mana Dajjal menipu umat manusia dengan membawakan syurga dan neraka serta menghidupkan orang mati.
Namun lebih penting dari “gambaran luaran” adalah masalah keimanan. Walaupun mendapat gelar Mursidul am, berjubah siang malam, dikeramatkan dan diagungkan, namun apabila aqidahnya adalah Khawarij, tetap menjadi anjing neraka sekiranya mati tanpa taubat. Rasulullah saw bersabda: “Ketahuilah bahawa mereka adalah anjing-anjing penduduk neraka.” (HR Al-Ajurri dalam As Syari’ah)
Khawarij adalah Anjing ahli neraka
Lebih ringan dituduh menjadi anjing penjilat pemerintah dari menjadi anjing neraka. Kerana Ahli Sunnah telah beriman untuk bersama-sama dengan pemerintah muslim dalam hal yang ma’ruf(kebaikan), berjihad bersama mereka dan menumpaskan kaum Khawarij di bawah perintah mereka.
Lihatlah bagaimana tokoh Khawarij klasik yang cukup tawaduk itu. Siapakah yang mampu berzikir saat tangan dan kakinya dipotong? Pasti yang mampu melakukan hal ini hanyalah seorang yang “tebal imannya”. Tetapi Rasulullah menetapkan bahawa orang ini adalah manusia yang paling hina.
Rasulullah saw berkata kepada Ali r.a : “Orang yang paling binasa dari umat terdahulu adalah penyembelih unta (dari kaum Nabi Shalih). Dan manusia paling celaka dari umat ini adalah orang yang membunuhmu, wahai Ali r.a” seraya Rasulullah menunjuk letak anggota tubuh di mana Ali akan ditikam. (Hadits ini diriwayatkan Ibnu Sa’ad dalam Ath Thabaqat Al Kubra (3/35) dengan sanad mursal, akan tetapi memiliki penguat dari hadis lain)
Marilah kita lihat bagaimana watak “tawaduk” Abdul Rahman bin Muljam. Imam Ibnul Jauzi berkata : “Ketika Ali r.a telah wafat, dikeluarkanlah Abdul Rahman bin Muljam dari penjara untuk dibunuh balas. Maka Abdullah bin Ja’far memotong kedua tangannya dan kakinya, tapi dia tidak berteriak dan tidak berbicara, kemudian matanya dipaku dengan paku panas, dia juga tetap tidak berteriak bahkan dia membaca surat Al ‘Alaq sampai habis dalam keadaan darah mengalir dari dua matanya.
Ketika lidahnya hendak dipotong barulah dia berteriak, maka ditanya kepadanya: “Mengapa engkau berteriak?”. Dia berkata : “Aku tidak suka kalau aku mati di dunia dalam keadaan tidak berzikir kepada Allah”. Dan dia adalah orang yang dahinya berwarna kehitaman kerana selalu bersujud. Semoga Allah melaknatnya”. (Lihat kitab Talbis Iblis)
Semoga Allah membinasakan manusia-manusia yang mengikuti jalan pemikirannya. Serta semoga Allah memberikan hidayah kepada pencari kebenaran agar tersingkap kejahatan Khawarij dibalik ke”solehan” mereka.
Namun begitu, masyarakat hari ini kurang pengetahuan dalam isu aqidah. Malah saya percaya banyak dari kita termasuklah Ahli PAS yang tidak pernah belajar kitab aqidah yang telah disebutkan tadi. Kita perlu mengetahui aqidah khawarij bagi menghindari terjebak dengan pemikiran mereka. Kerana khawarij hari ini berkupiah dan berjubah serta mendapat gelar mulia atas nama agama.
Jalan pemikiran mereka bermuara kepada “Tauhid Hakimiyah” iaitu Tiada Hukum Melainkan Hukum Allah. Itulah yang dislogankan oleh Abdul Rahman bin Muljam saat dia memancung kepala Ali r.a. Dia berkata: “Tiada hukum kecuali hukum Allah, bukan milikmu atau orang-orangmu wahai Ali” lantas dia membaca ayat: “Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya”. (al Baqarah/2:207)
Oleh itu, mereka menganggap para pemerintah yang tidak menjalankan hukum Allah atau hudud sebagai kafir, serta wajib untuk ditumbangkan. Justeru mereka menjadi pembangkang dan menentang kerajaan. Mereka menghina pemerintah, membongkarkan keaiban pemerintah, mendoakan kehancuran pemerintah dan menghasut rakyat agar bangkit menentang pemerintah. Inilah aqidah mereka.
Hal ini sangat berlawanan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Imam Barbahari berkata: “Tidak boleh seseorang bermalam sementara tidak merasa memiliki pemimpin, baik pemimpin tersebut itu adil ataupun zalim”. Dan beliau berkata lagi: “Barangsiapa yang keluar dari pemerintah kaum Muslimin, bererti dia termasuk kaum Khawarij dan mematahkan tongkat kepimpinan kaum muslimin serta menentang atsar. Apabila mati maka dia mati dalam keadaan jahiliyah”.
Justeru PAS diingatkan supaya jangan menjadi Neo Khawarij yang sesat dan menyesatkan. Bertaubatlah selagi belum ajal menjelma, kelak takut diancam menjadi anjing neraka. Ketika Syeikh Ahmad Syakir seorang ulama hadis Mesir pernah, mengatakan: “Ikhwanul Muslimin adalah Khawarij abad ini” pada tahun 60an dulu yang buktinya hari ini Mesir bergolak. Maka tidak keterlaluan kita katakan PAS adalah sebuah parti berideologi Khawarij di Malaysia.
Sumber : Ahmad Tajuddin Idris al-Manhaji
Penulis adalah Ketua Biro Massa Ilmuwan Malaysia (iLMU)